.......

Saturday, 14 February 2015

Doa Tidak Mampu Membayar Hutang

Doa Tidak Mampu Membayar Hutang

Daripada Ali r.a ;
Bahawa seorang hamba mukatab datang kepadanya seraya berkata :
“Saya tidak mampu membayar tebusan diri (kitabah)ku, tolonglah aku!”
Ali r.a menjawab :
“Mahukah engkau jika aku ajarkanmu beberapa kalimah doa
yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepadaku,
biarpun engkau menanggung hutang setinggi bukit sekalipun,
kelak Allah akan melunaskannya buat engkau?
Jawab hamba mukatab tersebut :
“Ya, ajarkanlah saya!”
Ali r.a berkata :
 “Bacalah doa ini..”
اللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلَالِكَ عَنْ حَرَامِكَ
وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ

Ya Allah,
Cukupkanlah aku dengan (perkara-perkara) halal yang ada padaMu daripada yang haram,
Dan memadailah aku dengan kelebihan daripadaMu daripada yang datang dari selainMu.

Musnad Ahmad Bin Hanbal (1319).
Doa, Zikir dan Munajat Yang Didengari Allah ms 65.
01/01/2014