.......

Saturday, 14 February 2015

Nota Pengurusan Jenazah

NOTA PENGURUSAN JENAZAH



KETIKA SAKARATUL MAUT
* Mentalqin dengan kalimah syahadah.
لَقِّنُوا مَوْتَاكُمْ لا اله الا الله.
مَن كَانَ آخِرُ كَلَامِهِ لا اله الا اللهُ دَخَلَ الْجَنَّةَ.

* Menghadapkannya ke arah kiblat.
Terlentang, atau
Miring sebelah kanan.
وَكَانَ الْبَرَاءُ أَوَّلَ مَنِ اسْتَقْبَلَ الْقِبْلَةَ حَيًّا وَمَيِّتًا.
SETELAH MENINGGAL DUNIA
* Memejamkan matanya.
اِنَّ الرُّوحَ اِذَا قُبِضَ تَبِعَهُ الْبَصَرُ...

* Mendoakannya.
Rasulullah SAW mendoakan Abu Salamah.

* Menutup seluruh badannya dengan pakaian.
اَنَّ رَسُولَ اللهِ حِينَ تُوُفِّيَ سُجِّيَ بِبُرْدٍ حِبَرَةٍ.

* Bersegera menguruskan jenazah.
اَسْرِعُوا بِالْجَنَازَةِ...

* Bersegera membayar hutangnya.
Kisah Nabi SAW mensolatkan jenazah
setelah Abu Qatadah mahu menanggung hutang jenazah itu.
PERKARA YANG DIBOLEHKAN
* Membuka wajahnya dan menciumnya.
Nabi SAW mendatangi ‘Utsman bin Mazh’un yang telah wafat.
Kemudian beliau membuka wajahnya lalu menghampirinya, menciumnya dan menangis.

* Dibolehkan menangis tanpa teriakan, pukulan atau marah dengan takdir Allah.
Nabi SAW menangis ketika wafatnya Ibrahim.
APABILA DENGAR BERITA KEMATIAN
* Bersabar dan terima keputusan Allah.
Sesungguhnya kesabaran yang terpuji adalah
ketika mendapatkan musibah secara tiba-tiba.

* Ucapkan :

اِنَّا لِلَّهِ وَاِنَّا اِلَيْهِ رَاجِعُونَ،
اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا.
PERKARA YANG DIHARAMKAN
* Meratapi mayat.
النِّيَاحَةُ.

* Memukul pipi.


* Merobek pakaian.
لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَطَمَ الْخُدُودَ، وَشَقَّ الْجُيُوبَ،
وَدَعَا بِدَعْوَى الْجَاهِلِيَّةِ.

* Mencukur rambut.


* Menguraikan rambut dan
mengacak-acaknya.

MEMANDIKAN JENAZAH
* Hukumnya wajib.


* Mayat wanita dimandikan kaum wanita.


* Syarat pemandi mayat :
Shalih, Berpengalaman.


* Merahsiakan aib mayat.
وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ.

* Menanggalkan pakaian mayat,
lalu ditutup auratnya dengan kain.


* Melepaskan ikatan rambut mayat.


* Memandikan dengan penuh kelembutan.
كَسْرُ عَظْمِ الْمَيِّتِ كَكَسْرِ عَظْمِ الْحَيِّ.

* Mengusap gigi-gigi dan hidung mayat dengan kain yang dibasahi hingga ia membersihkannya.


* Urut perut mayat hingga semua kotoran yang ada di dalamnya keluar.


* Basuhan-basuhan awal hendaklah
dengan air dicampur daun bidara atau sabun.
وَاغْسِلْنَهَا ثَلَاثًا أَوْ خَمْسًا أَوْ سَبْعًا بِمَاءٍ وَسِدْرٍ
وَاجْعَلْنَ فِي الْآخِرَةِ كَافُورًا.

* Membaca Basmalah.


* Mulai basuhan dari anggota badan bahagian kanan dan anggota wudhu’.


* Membasuh kepala hingga sampai ke akar rambut.


* Menyisir rambut dengan lembut.


* Membasuh tubuhnya bahagian kanan.
Dari sisi leher kanan hingga kaki kanannya.


* Membasuh tubuhnya bahagian kiri.
Dari sisi leher kiri hingga kaki kirinya.


* Mengiringkan badan mayat,
Lalu membasuh kepala bahagian belakang, punggung dan pantatnya.


* Menyisir rambut dan mengikatnya dengan 3 ikatan, dan diuraikan ke belakang.


* Basuhan terakhir dengan air bercampur kapur barus (atau minyak wangi), kecuali mayat itu sebelumnya di dalam ihram.


*Jumlah basuhan,
Minima : 1 kali.
Maksima : Hingga bersih.
Sebaiknya bilangan ganjil.


*Jika sebahagian kuku dan bulu mayat diambil atau terjatuh, maka hendaklah semuanya dikumpul dan dikuburkan.

MENGKAFANKAN JENAZAH
- Wajib kafan mayat setelah memandikannya, dengan sesuatu yang dapat menutupi seluruh badannya walaupun hanya satu pakaian.


- Disunnahkan kain kafan warna putih.

MENSOLATKAN JENAZAH
- Hukumnya Fardhu Kifayah.


- Boleh disolatkan di dalam masjid.


- Dianjurkan membuat tiga saf.

MENGKEBUMIKAN JENAZAH
- Hukumnya Fardhu Kifayah,
Walaupun mayat seorang kafir.


Disunnahkan mengubur mayat diperkuburan umum.


Makruh kuburkan mayat ketika
matahari terbit,
matahari tepat di atas kepala,
matahari terbenam.


Makruh kuburkan mayat pada malam hari kecuali darurat.













04/01/2015