CATATAN 2
|
Suri rumah adalah
'Suri Ummah'.
Walau sedikit amalan, tapi Istiqamah.
Istiqamah tanda
ikhlas.
Orang peramah mudah disenangi ramai. Peramahkah kita dengan Allah? Jadilah peramah dgn banyak baca Al-Quran, zikir, doa, mengadu kpd Allah.. Jadilah suami isteri yg seolah-olah ada Phd Kekeluargaan Islam. Pakar dalam tunaikan tugas masing-masing. Jadikan ia kerjaya terhormat. Belajar sampai pakar, aktif persatuan untuk dapatkan soft skills, jgn fikir dulu pasal kerja, dah tamat belajar, kerja cari pengalaman, kemaskini resume, cari kerja yang terbaik. Nyatakan kriteria @ hasrat kpd orang tengah yang amanah, Ta'aruf, Bertunang, Nikah. Tujuan hidup : - beribadah (solat, puasa, zakat, haji, jihad dll) - jadi khalifah (urus tadbir kehidupan) Ummat Islam perlu bersatu Saling mengasihi Ulama' sayangi umara' Umara' sayangi ulama' Guru marah kami, Guru sayang kami.. Peperiksaan perlu bagus, di situ ilmu diuji. Pekerjaan perlu bagus, di situ ilmu diaplikasi. -Dr. Muslih-
Cara nak mimpi jumpa
Nabi Muhammad SAW ?
Kenalah rasa rindu
sangat2, teringin sangat2.
Seperti kisah
seorang Tuan Guru berikan makanan bergaram kepada muridnya.
Muridnya tidur
tanpa dibenarkan minum air yg sangat diingininya kerana ia sangat dahaga.
Dalam tidurnya
murid itu bermimpi minum air sepuasnya..
-Habib Ali Zainal
Abidin @ IKIM.fm-
Ulang-ulang baca sirah
Nabi..
InsyaAllah diberi
ilham..
Selalunya kita
boleh khatamkan bacaan Al-Quran setiap tahun,
tapi dah berapa
kali kita khatamkan terjemahan Al-Quran..?
Anggap kita ni
macam pendatang asing,
ingatkan tujuan
kita datang negara ni,
sabarkan segala
kesulitan sementara ni..
-IKIM.fm-
Anak2 umur 0-2
tahun mereka rakam suasana sekeliling (lihat, dengar, rasa).
Maka dengarkanlah
Al-Quran, ajarkan kalimah La ilaha illallah,
ucapkanlah ucapan
yang baik-baik.
-Imam Putra-
Isteri yang
bersalin perlu berpantang dengan sempurna.
Ia penting untuk
kesan jangka masa panjang.
Murid akan terkesan
dengan amal & akhlak gurunya.
Maka pilihlah guru
yang baik, jadilah guru yang baik.
Mencegah lebih baik
daripada merawat.
Biar anak2 menangis
sekarang kerana kita paksa mereka solat,
agar kelak kita tak
menangis kerana gagal mendidik anak.
Bagai segelas
air dituang ke dalam kolah,
tak nampak berubah
tapi hakikatnya air kolah itu bertambah.
-Ust Ebit-
Ulang 150
kali, InsyaAllah ingat.
Umat Islam
bila buat kerja,
sentiasa buat yang
terbaik.
Jangan risau, tiada
apa yang mustahil,
kerana Allah bersama
kita.
Hidup adalah
perjuangan cari redha Allah,
mati nanti baru
kita rehat.
Alhamdulillah..
Wow, bestnya berurusan dengan
encik !
Kebahagiaan tak
semestinya milik lepasan universiti sahaja.
-Pak Long Ijat-
Andai kita tak
dapat belajar di universiti,
jangan pula
berhenti belajar.
Kehidupan-Universiti
kita,
Masyarakat-Fakulti
kita,
Masjid-Dewan kuliah
kita,
Rumah-Bilik
tutorial kita,
Dakwah-Praktikum
kita,
Redha Allah sebagai
Ijazah, Master dan Phd kita..
Biarpun kalah,
jangan mengalah,
teruskan
usaha hampiri kemenangan.
Kalau tak ramah,
janganlah sombong.
Kalau tak rajin,
janganlah malas.
Kalau tak baik,
Janganlah buat
jahat.
Kalau tak pandai,
janganlah bodoh.
Kalau tak kaya,
janganlah susahkan
orang.
|
Kemaskini
25/12/2013
|